Monday, June 28, 2010

kepenatan .

kepenatan
bukan sebab penat memandu , penat belajar atau penat bekerja
tetapi penat menunggu Manager dari department ehem ehem
sebenarnya today kami kena pergi ke tempat practical kami dulu
it was me , leya dan mira

actually dia dah deal dengan my friend untuk interview
interview ini bukan interview kerja
tapi interview di atas report kami
report assignment untuk semester ini dalam subjek ROOM DIVISION
40% babe !! banyak tuh

so sebenarnya dia janji pukul 1pm
but then dia ada meeting dengan GM
okay kami kena tunggu dalam pukul 3
dah samapi 3.30 pm
dia cakap suruh tunggu lagi setengah jam !!
walaweyh , wa dah ada kat sana since waktu lunch okay
perut lapar
berkeroncong
angin dah masuk sampai ke kepala
adeh~~~
kalau tak nak kena interview bagitahulah
jangan buat kami tunggu

dengan tiba tibanya dalam kepala otak i terlintas untuk men interview manager dari department lain
ya , i suruh mereka call manager F/O
yeah !!!
finally
manager itu mahu di interview
terima kasih sangat sangat
sebab sudi di interview
sayanggg Mr. AA
hee~
nanti ada masa i buat partime di sana okay !
tapi tak janji
sebab BB dengan sunway sangat jauh

TERIMA KASIH ~~~

Sunday, June 27, 2010

P.K.D.H

kau datang
dan ada masanya
kau pergi begitu sahaja

kau mahu sesuatu
tapi
kau tak usaha untuk dapatkannya

aku tak beri hati aku
tapi kau cuba curi
*hampir
sayangnya kau buat aku fed up
so aku away~

aku jauhkan diri
dan itu harus
masih awal lagi
so aku tak nak
hati aku masih lagi disana

kau jangan dekati aku lagi
lagi bagus kalau kita tidak
berteguran
jadi tak perlulah aku nampak kau

dengan ini saya mengundurkan diri untuk segala galanya

-tiada lagi-

hey !!

kebengangan seketika kepada ex i
petang tadi i call my friend
i macam berguraulah dengan dia
my friend ni selalu lepakan dengan seseorang yang selalu harus muncul dalam hidup i
seseorang yang entahlah mahu menggelar dia apa
then i cakap kat my friend 'yela you kan selalu lepak dengan ex i dan GF dia'
dan my friend boleh kata yang i masih sayangkan ex i sebab itu i selalu marah marah dia
BTW , tolonglah ! perasan SAYANG tuh dah lama tak ada okay
dah lama pupus
sejak kantoi gambar yang tak sepatutnya tuh
apahal pulak lah i masih lagi nak simpan perasaan sayang i pada dia
tolonglah faham
orang yang pernah LUKA kan hati i
PERLU ke i nak simpan sayang i pada dia lagi
BOLEH JALAN LAH kau !!

then my friend cakap
dah lah i touching dengan dia
si ex i ni pun nak touching dengan my friend sebab kawan dengan i
well HELLO my ex !!
kau siapa nak halang halang kitorang berkawan
kau bukan BF aku lagi okay
so kau tak ada hak nak touching touching dengan dia
faham !
kau jaga GF kau sudahlah
bukan itu kau nak kan
so apa MASALAH kau
semak dow tahu tak !
jangan sampai aku benci kau sudah
tak payah sibuk hal aku
ada FAHAM ?!

*
bengang yang teramat~


Saturday, June 26, 2010

bicara tentang ....

lebih baik begini
ikatan persahabatan kekal
dan hanya berkawan
BEBAS untuk lakukan apa sahaja
BEBAS berkawan dengan sesiapa saja
biarpun orang sedang perkatakan tentang saya
mungkin mereka sudah chop saya PLAYGIRL
well hello !
i bukan seperti itu
i ada hak untuk kawan dengan sesiapa sahaja
tak ganggu awak awak pun .
so back off please !!

teringat my collegemate cakap
'awak tak ada BF ke'
haha
BF ???? entahlah
mungkin bukan sekarang kot !


to my collegemates yang lain ;

hey !!
kenapa perlu cakap saya HOT
dan takut nak lepakan bersama saya
sedangkan saya tak HOT okay
saya hanyalah manusia biasa
bisa lepakan sama sesiapa pun
so tak perlu takut takut .

hey shahir !!
haha kerinduan sama senyuman mu
S E N Y U M A N sahaja tau
tak lebih pun
jaga diri ya di sana
belajar rajin rajin . (=

S M I L E !

syukur ...

alhamdulillah ,


akhirnya segala persengketaan telah berakhir dengan baik .
macam inilah best ,
bila lepakan happy happy je ,
hee~
syukur nikmat ku panjatkan ,
kawan kawan
moga moga kalian sentiasa begini
jangan berbalah lagi ,
sayang korang semua ya (=

good bye SC !

selamat tinggal SC
mulai hari ini no more SC
kami cuma berkawan
kawan biasa
dan itu adalah hakikatnya
kena terima kenyataan
perlu sedar
dan
ya ! saya sudah sedar
so BYE !!

tidak perlu menaruh harapan yang tinggi
kerana harapan itu mungkin hanyalah tinggal harapan
harapan yang tidak kesampaian
bila terfikir
ya !! hati kosong itu
mesti akan kecewa dan hampa untuk kali keberapa ?
walaupun K O S O N G
sudah sudahlah
jauh lagi perjalanan hidup ku

SC jaga diri ya ,
ingat 'tdo tdo' ingat i !

NAQ<3

Thursday, June 24, 2010

weh korang !

korang
sudah sudahlah
jangan bergaduh
cukup !!
aku tak suka lah tengok korang macam nih
dah tak happy tahu tak
mungkin aku tak tahu cerita sepenuhnya
tapi sebagai kawan yang pernah lepakan bersama
aku tak suka tengok korang sebegini
perli perlian bagai
babitkan orang lain
dan orang tak sepatutnya masuk campur
tolong jangan KERUHKAN LAGI KEADAAN
korang semua dah besar
benda ni boleh diselesaikan dengan cara yang baik dan matang
*kesedihan
selesaikan okay !!!

peace no war !
sayang korang semua ,
NURUL NAQUIAH .

tidak memahami .

tidak memahami
sumpah tidak memahami
kenapa sukar untuk mencari lelaki yang betul betul lelaki
i mean kalau you nak ajak i keluar
usahalah sedikit
baru lah itu nama lelaki
bukannya semua i okay
cukuplah dulu i dengan ex i
terbalik sudah time tuh
i pulak dah macam lelaki
fikirlah baik baik

peace ! no war , be GENTLEMEN

LOVE , NAQ <3


Tuesday, June 22, 2010

merapu 2 !

KEKOSONGAN sebentar


*mengelamun

saya tidak cari gaduh sama siapa siapa
so sila jauhkan diri anda dari saya ya
wahai MAMARAZZI
apa masalah anda ?
kalau tak puas HATI marilah

*ketawa
korang nih macam budak budak
ada juga spesis seperti kalian
tidak puas hati dengan kegembiraan orang lain
BERAMBUS boleh !

DIA
benar kahhh ???
sambil dengar lagu ADINDA - LAH AHMAD
*sengih
*berangan

oh no no no
PERGI ~~
lebih baik begini
tidak berjumpa langsung
jadi kita tak berjumpa
DAN
'hal itu' pun tiada
yeah !!!

bye !!

Monday, June 21, 2010

merapu !!

tak suka , tak suka
pasal apa ??
pasal dipadankan dengan orang yang i bukan nak kata tak suka
i mean i just kawan dengan semua orang
so tak payah nak padan padankan i dengan sesiapa
SUMPAH i tak suka okay

sekarang nih HATI I KOSONG , bak kata sab ya !
KOSONG sangat
*mengeluh seketika
hai NAQ , tolong eh
tolong jangan mengada itu 'HAL ITU'
buang jauh jauh
ingat
HATI you , you dah buang dekat LAUT MATI
tiada siapa yang boleh ambil hati you itu ,
FAHAM !

oh yeay !
tak sabar rasanya nak tunggu dinner SCA nanti
penantian yang agak lama barangkali
nak tahu apa dia??
tunggu okay


rakan ku .

entah kenapa
kesedihan bila mengetahui tentang rakan ku
jantung ini bagaikan tidak berfungsi
terhenti seketika
walaupun saya cuma mendengar
tapi saya memahami
tentang kekecewaan itu
perit tak terkata
kesakitannya
aduhhh !!!
mira
jangan kau bersedih
kami masih lagi ada disisi
mungkin memang bukan jodohmu
bersabarlah
ada hikmah disebalik semua ini
disebalik mimpi mimpi mu tempoh hari
bersabar dan tabah !!


Sunday, June 20, 2010

warh !!

weee ~~
hari ini teman kan sab tenangkan fikiran
kesian dia
kena marah
ish tak patut !!
bengong kot orang yang marah dia tuh !
sewel
dan berlagak bagus
benci cameraman tuh !

kami berjalan jalan
ke shah alam dan KL
menghabiskan minyak
lepakan di PAVILION
rindunya KL
hahaha !!
masuk kedai BODY SHOP
cuba perfume
nak beli perfume
wangi
then round round
test baju
OMG ! bila mahu shopping ni ????

oh ya , cair pulak hati bila tengok shahir senyum
teringat cousin seluar pendek
haha senyuman mereka seakan
i suka lelaki pakai braces
ahaks~~
sangat comel
one day i nak pakai braces juga
jangan bangkang
i nak pakai juga okay !
hehe =)


haha !!

yeehaa !! hari ini kelepakan bersama sab dan zaty
kami teringin makan ABC
dan kami ke seksyen 2
actually i dengan sab rindu nak makan ABC kat situ
so plan lah pergi
but bukan kami sahaja
si jejaka jejaka pun ada
tak sangka kan member lama i pun ada
sab terkejut , sebab ..... pakai kemeja
pada mulanya i *blur
kenapa sab cakap pasal kemeja ......
chop !!!! sebelum itu sab , i dan zaty mereng
gelak gelak
menari nari dalam kereta
i buat bunyi yang pelik
dan macam macam ragam
sab ah !! mengong , bawak kereta macam nak pergi mana je
dan zaty salah tutup tangki minyak , tak apa i saja yang nampak dan tahu
hehe
but best =)

hey hey !!
kebetulan hari ini my friend ada buat show di stadium kelana jaya
kerana tidak mahu menghampakan dia
i pun attend show dia
btw kami lama tidak berjumpa
masing masing busy
babe ! sumpah best kot show tadi
gempak dan terbaik !
lepas ni kalau ada lagi memang i datang

uits you ! jangan nak bahan i dengan I.A ke , SC ke , MK mahupun sesiapa
hahaha ! i kawan dengan semua orang okay
dan trademark i *diam ahh
u tak boleh tiru , hehe
only me sahaja yang boleh buat nada sebegitu
kih3~~~

terima kasih kawan kawan kerana menggembirakan saya hari ini
kesian cousin seluar pendek !
kene nyakat dengan i jer , just nyakat eh
jangan ingat i gatal pulak
i memang macam itu
suka nyakat orang
peace okay !
dan kau si comel !! hee~ sungguh setia kau pada GF kau
bagus
kagum ah , kalau ramai LELAKI macam kau kan best
malangnya tiada kot
so maintain okay !!
doakan korang bahagia selalu .

sampai dirumah baru i faham tentang kemeja yang dikatakan oleh sab
sab suka tengok lelaki pakai kemeja
ya , i baru perasan
kenapa dia pakai kemeja ???
so sab ! melting kan ?
wee~

orait ! kepenatan .
besok berehat
mahu bergotong royong kemaskan rumah
wanna join ?
sila hubungi saya
di FB
bye and good night korang

with peace and love
Naq<3


Friday, June 18, 2010

kesedihan .

Hai korang ! kesedihan seketika tatkala mendengar lagu 'bila cinta' ost Lagenda Budak Setan , SUMPAH ! rasa hati ini sedih , kenapa ? mungkin disebabkan bait lagu tersebut yang menyebabkan jiwa nurani ini tersentuh . sungguh murni hati ini . tapi tahukah anda ??? kenapa perlu bersedih , hati ini yang bersedih , mungkin akan ambil masa untuk kembali normal .

Hey ! i dah berubah ke ? setahu i , i masih lagi orang yang sama , tiada perbezaan , mungkin kerana i sudah mulakan hidup dan ia menampakkan perwatakan i pun bertukar , hurmmmm didalam ini masih orang yang sama , kepada mereka mereka yang terasa , MAAFKANLAH diri ini . manusia berubah , dan HATI nya pun turut berubah . untuk kebaikan juga , tak perlu fahami diri i , i tak minta simpati atau rasa kasihan dari kalian . biarkan saya sendiri , saya tak kisah .

LELAKI , saya perlu anda sebagai rakan dan teman , saya tak minta lebih , dan saya bukan ANTI LELAKI . walau pada hakikatnya kita saling menyakitkan samada secara sengaja atau tidak tetapi tak perlu membenci dan terus membenci . berkawanlahhh .
LELAKI
perlukah kau muncul dalam hidup ku ? perlukah kau mencari aku tatkala bila kau mahu ? dan apabila muncul orang lain kau PERGI dengan sendiri dan tinggalkan aku , *kesedihan . mungkin yang terbaik adalah aku sendiri bersama dunia ku .

SAHABAT , i sayang korang !!! selamanya , FRIENDS forever <3




Thursday, June 17, 2010

hey !!
sudah beberapa hari tidak membebel disini
kehilangan saya beberapa hari ini kerana
saya sedang menenangkan jiwa
but i dah okay~
=)

semalam 16june
ada battle of the band di campus i
i pergi bersama sab
well bestlah
sempat juga hantar sab bersama ....
i bukan sengaja nak biarkan mereka
tapi i bagi chance
btw i tak nak kecewa kan seseorang
yang mana dia mungkin tidak akan perasan akan kehadiran i
tidak mengapalah
awak , saya hanya dapat sokong dari jauh
tidak mengapa kan ??

i sebenarnya tak sukalah
bila dikatakan suka seseorang
yang mana orang itu pun akan ingat i ye ye suka dia
DAN semua orang kecoh nak hebohkan cerita tersebut
yang mana mungkin ia benar ataupun tidak
hurmmmm it's okay
i je yang tahu i suka siapa
just suka
dan tiada hati
faham faham jelah
susah kalau bercakap tentang soal hati
menyakitkan

tatkala hari ini 17june
ternampak SC
seriously dalam hati ini
'hal itu' tiada
empty
dia say 'hoi' pun i just senyum
terima kasih !
i perlu jauhkan diri i dengan dia
dan siapa siapa sahaja
lebih baik BERDIAM kan !

-the end-

Tuesday, June 15, 2010

tolong lah .

Segala kata kata kesat ini tidak sesuai untuk kanak kanak bawah umur , even mungkin mereka lagi advance dari saya !! ia bukan ditujukan untuk menyakiti hati sesiapa , tapi ia ditujukan untuk memberi pengajaran bahawa kita semua ini manusia biasa yang tidak lari dari perkara sebegini .

I tak tahulah kenapa , i tak faham sangat , kenapa mesti cakap i SOMBONG, sedangkan i tak sombong malah korang sendiri yang tak nak tegur i , tapi kenapa weyh ?! asal ??? malu ke nak tegur , kenapa ?! sebab i tak se HOT seperti perempuan lain , oh tolonglah , kalau betullah ikhlas nak berkawan , tak payahlah nak tengok orang itu cantik dan baru nak berkawan , baik TAK PAYAH KAWAN LANGSUNG KANNN ??? ini tidak orang lalu kat sebelah
pun boleh buat buat tak nampak macam i ni halimunan , hurmmm ...

Okaylah macam ni je , kalau korang rasa nak tegur i tegurlah , kalau rasa tak nak tegur , pergi BERAMBUS , i tak mati pun kalau tak kawan dengan korang FAHAM ! manusia sekarang ni bila dia nak dia cari kita , bila dia tak nak dia pergi macam itu je , seolah olah kita ni memang TAK PERNAH KENAL LANGSUNG KAN ? tolong jadi matang sikit , perangai jangan macam budak budak , tengok pun tak berkenan ! lagi satu jangan berlagak korang tuh HOT dan KACHAK BERGAYA okay !!! i tak DESPERATED langsunglah , ada FAHAM !!


Sebelum terlupa , i boleh jadi kawan korang , once korang buat i jadi musuh you , sampai bila bila pun ia sama , so kalau tak kenal maka tak cinta , kenal dulu orang itu dan harus bijak menilai , ada otak gunakan jangan letak kat lutut !! gunakanlah sebaik mungkin .

p/s : i away daripada korang korang okay !

....

empty
blank
blur
deep inside
*lonely !
hey ! kenapa mesti begini
please go away !

Monday, June 14, 2010

ish .

hey !!!
kenapa lelaki sangat misteri
complicated
sukar untuk faham mereka
kuat sentap
mengada
dan sebaliknya
patutnya mereka tidak layak di gelar LELAKI
dan sangat tak GENTLEMEN langsung okay
weyh !! mana semua LELAKI ni
dah pupus eh ??
huh tak faham~

Sunday, June 13, 2010

oh my gosh !

I tak tahu lah
apa sudah terjadi sama Sab
babe ! are you okay ?
tak kan lepas i propose u
u terus jadi tak betul
hehe !!
okay ceritanya bermula dengan .....

Sab ambil i
kami mahu ke IKEA
jumpa baby IRFAN
hehe !
then sampai sampai
kami terus pergi ambil irfan
warh berat nya baby itu
tapi comel dan tembam
bak kata sab 'tengoklah auntie dia macam mana'
hehe okay i faham
IRFAN ketiduran
mungkin dia penat
sedang berjalan
i ternampak sejambak rose
dan i snap pic tuh
i pun panggil Sab
dan i tak perasan kami dekat BLOOM
*dalam hati berkata
'ouh bila nak dapat sejambak rose nih'
berangan jep .

Lepas lepakan kami tak tahu mahu pergi kemana
Sab pun memandu dan memandu
i ternampak Vios putih di depan kami
dan i was like , 'ish kenapa aku obses dengan putih'
Sab cakap 'putih itu suci'
i pun , hurmm ya putih itu suci
hehe !!
well i pandang Sab
sab pandang i
tiba tiba terkeluar ayat yang menunjukkan i purpose Sab
oh okay okay !! i bukan LESBIAN ya
i secara tak sengaja terkeluar ayat itu
but i lupalah ayat yang i purpose Sab
hahaha , sab bestfriend i
dan tak mungkin i ke arah itu
never !! =)

sampai di area subang kami park
sab dan i malas nak lepak di keramat
padahal depan kami itu memang keramat kot
then tiba tiba sab ajak ke i-city
i pun on je
so sab drive
OMG !!!! ada disatu selekoh ini
sab memandu macam apa daa~
nasib baik tak tergolek kereta tau
haha i gelak sab gelak
kami pun sembang , bebel bebel , gelak gelak
sampai di seksyen 7
sab cakap kalau lepak di Pak Li pun okay jap
sebab macam malas pulak nak ke i-city
so i pun okay
lepak di sana
tolong sab buat skrip .

I rasa i rindu seseorang
tapi i tak pasti i rindu siapa
huu~
kenapa nak kena rindu rinduan nih !!!!

Selepas lepakan
kami mahu pulang
aduh !!! kes pertama~
ada pulak satu kereta kancil nih sengih sengih sama kami
so dengan lajunya sab pun pecut
but i terperasan kereta viva
dalam dia ada guy
bolehlah tahan
weee~

Kes kedua~
Dijalan glenmarie sab langgar lampu merah
then i buat GOOD
sab pelik
i cakap bagus
langgar peraturan
hehe
sedang di simpang 4
di sebelah kereta kami ada kereta VIVA hitam
sab cakap nak kedepan sikit
macam hensem je mamat tuh
actually ada dua orang
then bila mamat tuh pandang
ya ALLAH , hehe !!
yang pandang kami bukan pemandu
kami buat tak tahu
dan ya teruskan perjalanan
di simpang 4 lagi
kami tidak tahu dan tak perasan VIVA tadi dekat sebelah kami
aduhhhhhhh
i dengan sab pun kelam kalibut
takut , kelakar , mengong dan macam macam
kenapa lah mereka di sebelah kami !
aduh mamat tuh macam nak cakap dengan kitorang
sumpah !!! tak layan but
pemandu dia BOLEH LAH TAHAN
pemandu sahaja !!!
hehe i ingat number plat kereta dia adalah BJR 4646
mereka ke subang dan kami pun kesana
kami chow awal awal !!!!
ketakutan

So moral of the story
kalau nak usha tuh berpada pada okay !
hehe ;D

sampai dirumah i still gelak
dan gelak
take care Sab !!




i wish !!

i nak sangat dia adalah
romantik
baik
funny
caring
loving
dan yang penting
'bila i dengan dia , i adalah i'
bukan plastik dan hipokrit
sayangi i
fahami i
pandai pujuk i
pandai layan karenah i
dan bukan jenis mengungkit

i wish

gusto tulad

seronokkan bila tengok
kawan kita happy dengan pasangan dia
rasa macam
'kenapalah tak dapat macam korang dulu'
tapi bila terfikir balik
*terdiam seketika dan hati kesedihan
air mata bertakung tapi i tahan
jangan menangis
mungkin bukan lagi masanya
insyaALLAH
bila tiba masanya
mungkin i akan dapat seperti itu
moga moga

Saturday, June 12, 2010

jumpa teman lama !

malam tadi keseorangan
mummy and adik adik pergi tengok movie
but i tak ikut sebab tak ada mood
syok syok tengah online
tengok tengok sab call
sab cakap kenapa i tak pergi makan makan dengan dato' dato'
i cakap you tak pergi so i tak nak pergi
then sab cakap dia pergi
sebab kene pujuk dengan ....
haha oh *memahami
so sab suruh i siap siap
dah lah tak mandi lagi
so dengan kelam kalibut nya
i mandi
bersiap dan siap
around 9pm sab ambil i

kami jumpa dato dato dalam pukul 10pm
biasalah karenah dato mengalah kan kami yang datin datin ni
mereka punya janji
hai dah biasa kot
tapi layankan saja
jadi kami makan di FEND kelana jaya
i kelaparan kot
order nasi putih , telur bistik dan kangkung masak belacan (favourite seantero)
yeah makan dan makan

jumpa dato dato nih boleh hilangkan kejiwaan yang tengah kacau ni
gelak gelak
mengarut yang entah apa apa
gatai gatai
tapi tak adalah over
lepas makan zaty ajak pergi putrajaya
i tak kisah
sab pun sama
dengan itu kami pun pergi ke PUTRAJAYA
sebelum itu kami ajak dato dato
kami ingat mereka follow
tapi malangnya mereka tak ikut

*sedikit terkilan

tak apalah tak nak ikut
kita tak boleh paksa
ikutkan saja
so tengah lepakan di bawah pokok yang berada di Putrajaya
i macam kenal seseorang ini
suara dia memang garau
dan dia wanita
then i tanya sab "itu bukan zaleha ke?'
sedang asyik bergambar
wanita itu datang
dan i pun sambut
dan ya !!!!
itu memang zaleha
sumpah rindu dia kot
i salam dan peluk dia
rinduuuuuuuuuu
11 tahun tak jumpa
kami satu sekolah rendah dulu
nak kata rapat tak lah
but i memang kenal dia
teringat masa dia nyanyi lagu *menghitung hari dalam satu majlis ini
sumpah suara dia sedap
serak serak basah
comel je
yela zaman kanak kanak kan
sekarang pun dia maitain cantik
i tinggi dari dia
sedang bersembang dia cakap jom lah lepak mapley
baru best
so kami
lepakan di Darussalam presint 9
lepakan bersembang sampai pukul 5 pagi
bayangkan lepak sampai pukul berapa tu
kalau boleh nak overnight
balik lepas subuh
tapi i tak larat gila
so
kami pulang
i ketiduran dalam kereta
sab bawak laju kot
sampai rumah
cuci muka
basuh kaki
dan ketiduran
kepenatan yang teramat

end

Friday, June 11, 2010

oh tidak !

tidak tidak tidak ....
today i terbangun lambat
sumpah tak sedar dah nak dekat pukul 8am
kelas dah lah pukul 9am
i mimpi something
tapi i lupa terus akan mimpi itu kerana
bangun terkejut
i pun terus bangun dan tunggu turn nak mandi
ya tiba tiba ramai pulak yang nak mandi dipagi hari
selepas siap siap mandi semua
i terus pecut pergi ke kelas

and ya Leya pun ada sebab dia tidur rumah i

thanks to allah s.w.t selamat sampai ke campus
hehe masuk kelas mathematic
warh bersemangat !! tiba tiba teror maths
kih3 ...

kelas habis i lepak cafe keramat
hmmmm ada benda yang berlaku
tapi i malas nak cerita
i chow dari cafe keramat dan pergi ke tempat yang menenangkan
di blok C
actually since semalam jiwa kacau
entahlah kenapa , huhu
sedang lepakan keseorangan sab text me ajak lunch pukul 12
ya i pun okay tunggu sab
then sab call yang exec besar dia ada pula
dan mungkin dia lambat
so i cakap kelas i seterusnya pukul 2.30pm
takut lambat
so kami cancelkan lunch kami
tak ada rezeki barangkali
then i pergi kedai nasi ayam dan ajak geng pergi sana
makan soto
malangnya soto tiada

*kesedihan

ada bihun , redah jelah
then sab call
dia cakap dia tak dapat join tonight
dia tak dapat DL
suara sab sedih
i pun cakap "it's okay
jangan sedih sedih"

To Sab,
babe !! chill okay , mungkin rezeki u bukan sekarang
insyaALLAH rezeki u akan datang
jangan sedih okay !!
sayang u ...

lepas kelas habis i hantar leya ke ktm subang
dan selamat sampai kerumah
kengantokan dan kepenatan

-the end-

Thursday, June 10, 2010

apa maksudnya

pagi tadi i mimpi
mimpi berada di air terjun
sangat cantik
ada jambatan gantung
i tengah lepaking di batu yang berdekatan dengan air terjun
dalam mimpi itu ada SC dia bersembang dengan my friend
tengah bersembang sembang
dia ada say something to my friend
dengan tiba tiba my friend datang kat i
my friend cakap 'nurul , SC cakap dia tak suka nurul
'
*terdiam waktu itu

kenapa dia cakap macam itu
apa maksud mimpi itu sebenarnya
hurmmm , curious sangat
in reality mungkin kot dia memang tak suka kat i
arghhhhhh !!!
no no no
never okay
tapi tak salah kan kalau suka je
berfikir dan terus berfikir
*senyap~


Wednesday, June 9, 2010

moshi moshi .

hari ini sangat bahagia
ketiga tiga kelas cancel
heaven weyh !!
dapat jumpa Qayyum
lepas rindu !
dia member lama i ,
tengah syok bersembang
my ex lalu
dia senyum
then i balaslah senyum itu
senyum biasa biasa
then Qayyum cakap
'kenapa senyum kat dia'
i jawab 'dah dia senyum , kita senyumlah'
Qayyum balas 'tak payah , jangan senyum , jual mahal sikit , barulah ia menunjukkan awak tu mahal'
i senyap dan ya i akui itu !
terima kasih Qayyum a big moshi moshi to you !
sampai rumah i tidur
penat~

Naq<3

Tuesday, June 8, 2010

terima kasih !!

Hari ini dapat juga jumpa Santa Claus

Kerinduan sama dia

Saya lepak di café keramat

Bersama Leya dan Mira

Lepaking sambil menemani Mira

Teringat Mira cakap

“susah kalau minat orang yang HOT ni”

Ya , saya setuju akan itu

Memang susah kot

Tapi tak salah kalau kita meminati dan suka akan seseorang

Itu adalah normal

Biarpun orang punya diri itu tidak tahu

Tolong , tolong , tolong

Katakan tidak untuk ‘hal itu’

Jauhkan saya

Saya berkawan dengan semua orang

Dan itu hak saya

Saya suka berkawan , so ?

Terima kasih Mira sebab ingat Nurul pasal benda itu =)


Love,

Naq <3

karya .

kau !

aku teringat kelmarin , masa chat dengan kau

kau kata 'kadang kadang hidup kita sunyi'

ya sometimes

hati kita kosong ,

mendambakan kasih sayang seseorang

yang mana mungkin sukar untuk kita dapat

tetapi kau jangan lah bersedih ,

kau bukan keseorangan , ingat ALLAH s.wt

sentiasa ada setia bersama kau ,

dan bukan dia sahaja ,

aku pun ada bersama kau walaupun bukan 24/7

kau kawan aku ,

aku tak nak tengok kawan kawan aku sedih ,

dengan tidak sengaja membuatkan aku turut bersedih ,

tapi dengan itu kau memberi inspirasi ,

inspirasi untuk aku berkarya di blog kesayangan aku ini ,

manakan tidak lumrah hidup manusia ,

nampak sahaja kita gembira di luaran ,

tetapi HATI kita ?

tiada siapa yang tahu ,

melainkan dia yang maha esa sahaja ,

mengetahui yang tersurat dan tersirat ,

Kau,

Jangan bersedih lagi okay ,

Senyumlah , kerana ‘Smile can heal everything’ ,

Benar .


( kutujukan khas untuk kawan ku , TAUFIQ )


Salam sayang dari insan bernama ,

Naq <3

Monday, June 7, 2010

kawan saya .

mohamad syazwan bin abdul halim

saya suka akan gambar ini

dia sama campus dengan saya

jurusan kami lain

kami baru kenal

yela kolej itu kecil sangat ,

mana mana pergi saya akan kenal kawan baru

wanex antaranya :)

dia baik , kachak , hensem , berkulit hitam manis dan hot !

hehe tapikan kat kolej dia tak nak lepak dengan saya ,

yela siapa je kan saya ni ,

hanya seorang gadis bertudung yang tak berapa nak anggun .

hee~

suara dia sedap ,

percayalah ,

thanx wanex sebab nyanyikan lagu untuk nurul ,

really really appreciate it ,

even saya pujuk dia banyak kali akhirnya dia nyanyikan juga

wee~

nanti ada masa kita karaoke bersama okay ?

tak mahu sombong sombong ,

nanti kena jual !


p/s : dia sangat baik dan nakal , just kidding , wanex jangan marah nurul tau wee~ =)


Naq <3

eh kau !

tiba tiba aku terasa sakit hati ,
aku pergi tengok gambar baru Santa Claus tadi ,
ada 4 gambar , dan aku click yang pertama ,
ada seorang gadis ini dia bekas gf kepada kawan aku dulu ,
dia comment gamba Santa Claus manakala aku like ,
bila aku click gambar kedua , adeh minah tuh comment jugak ,
click gambar ketiga , ada lagi minah itu ,
gambar keempat aku terus cakap 'FUCK ar kenapa kau over dow !!'
kalau bolehkan minah nih semua gambar dia comment !!
jelouselah tuh sebab dia memang tak suka aku ,
sebab masa dia dengan ex bf dia dulu dia ingat aku kemaruk dengan ex dia ,
boleh BLAH lah kau !!
kenapa mesti orang yang rapat dengan aku mesti ada orang lain kacau ,
minah nih orang kedua kacau aku ,
sebelum minah ni ada lagi seorang minah nih kacau masa aku ngan si Penari berkawan ,
2 orang kot gadis yang kacau ,
apahal lah korang nih ,
aku tahulah Santa Claus memang mempunyai wajah yang menarik ,
si Penari pula seorang yang baik ,
bila fikir fikir macam 'bodoh' gilaa kot ,
lantak korang ar , tak habis habis ganggu hidup aku ,


pergi matilah kau orang tak habis habis nak kacau hidup akukan !!

Naq <3

Sunday, June 6, 2010

"Tentang itu"

Today Sab ambil I around 12 pm ,

I temankan dia buat rambut ,

I pun dengan ngada ngada ,

menyuruh amoi itu untuk treatment rambut i , t

ak ada kerjakan .

Dalam pukul 4 lebih siap rambut Sab

dan I macam ‘wow cantiknya rambut Sab’ . hehe

Selepas itu kami singgah pula ke carnival hanphone yang dijual di area situ ,

Sab dan I plan nak beli handphone sama ,

saja tak ada kerja , tapi macam best pulak , haha !

So kami ontheway amik ayah ,

kami lapar , ayah cakap mahu makan di mana ,

dan Sab teringat yang I teringin nak ke EMPIRE GALLERY di subang ,

jadi ayah hantar kami ke sana , ayah suruh Sab belanja I , hehe .

Kami makan di Hot and Rolls , sedap dan kenyang .

Sebelum kami keluar ke subang parade pula ,

Sab dan I singgah BLOOM , kedai bunga , ada ros putih , dan merah ,

I suka putih , Sab suka merah !

Ya Sab teringin nak dapat bunga dari seseorang yang romantic , dan I juga sebegitu dengan tak sengaja I tercakap ,


Kenapa lah tak ada lelaki yang romantic ,

Yang boleh kasi kita bunga tanpa diminta ,

Yang boleh memahami jiwa kita ,

arghhhh berangan ….


Sab pulak cakap dia suka ayat itu ,

eh i macam ‘apa aku merepek tadi’ ,

Sab boleh suka pulak , thanks sab !!


Selepas habis tawaf di subang parade ,

kami pun gerak untuk pulang ,

Sambil tunggu ayah ambil ,

I tanya Sab pasal MK ,

sebab aritu I jumpa MK ,

Sab tanya I , I suka siapa sebenarnya , I jawablah


“Susah sangat kita nak cari orang yang kita suka dia dan dia suka kita juga , dan I tambah pula sebab kebanyakannya kita suka orang itu , tapi orang itu tak suka kita dan ada juga orang itu suka kita tapi kita tak suka orang itu , so macammana ??? :’(”


Ya benar kot ,

huhu I dah malas nak fikir ,

cerita ditutup dan I selamat sampai dirumah ,

terima kasih SAB meluangkan masa hari ini .


Sincerely,

Naq <3