Monday, May 31, 2010

Gelojoh

Bukan gelojoh apa ya ,

Cuma bagi I , dalam sesebuah hubungan yang baru itu , tak perlulah kita terlalu awal untuk menerima seseorang tanpa mengenal isi hati dan budinya .

Tak perlulah kita gelojoh untuk menerimanya terus .

Ini kerana I tak nak menyesal lagi di kemudian hari dan kecewa .

Setelah apa yang I fikir , dalami , dan belajar dari kesilapan lalu bahawa , mengenali isi hati seseorang itu adalah sangat penting !

Ia sangat – sangat penting , serious .

I tak nak ulang semula kesilapan itu , mudah sangat untuk menerima orang .

I kena buang ‘perasan’ itu jauh-jauh supaya tidak mudah tertipu ! tidak mudah cair !

I tak nak ‘luka lama berdarah kembali’ .

Terseksa , 3 kali !! sangat terseksa .

Hati mana tak luluh , tak sakit , tak hancur !!

Benar , selepas ini tiada lagi ‘hal itu’ , I sudah serik dan TRAUMA .

Maaf wahai LELAKI !!


peace no war ! Naq<3

Akhirnya …

Selepas beberapa hari tidak berhubung dengan santa claus , ceritanya begini ( poyo seketika ) …


Semalam , I tegur santa claus dekat dia punya wall FB , sebab hari itu dia merajuk dengan I because of tak jadi keluar tengok wayang , tapi bukan salah I cancel last minute , I ada hal dengan mummy , so mummy I kan tak boleh nak tolaklah , kata orang ‘family first’ wakaka , then tadi I tengok dia comment on my wall , so I macam terkejut , betul ke nih ? dia tak merajuk dah ke ? kepelikan seketika huu~ …..


Kebetulan pula , masa I baru lepas update blog petang tadi , dia im chat ngan I , dialognya ….

Santa claus: say ‘hye’ ,

I balas: ‘hye’ ,

I tanya: “mana you menghilang” ,

Santa claus: “kenapa rindu ke ?” hehe

I balas: “rindulah =)” ,

Santa claus: hanya mampu gelak ‘ hahaha’ ,

I balas: hahaha juga .

Selanjutnya tidak perlulah sebab santa claus macam chipsmore ‘kejap ada kejap tiada’ ,

dalam hati i (rindu sebagai kawan je … dia tak suka saya pun , begitu juga saya ….. haha so say no to harapan !! ) ,


Rupa-rupanya dia tak online sebab internet tak bayar , haha !! .

Apa-apa pun Syukur Alhamdulillah I dah okay dengan dia , dan kami berkawan semula macam biasa , thank you santa claus sebab tak merajuk dengan I dah =)


Hey santa claus ! I sentiasa menunggu you nyanyikan lagu ‘warisan wanita terakhir’ untuk I , I tak tahulah kenapa , mungkin sebab nak dengar suara you …. ^^

Naq<3

Seharian di kolej ! (semangat , sangat geram , benci , best , suka , happy , penat !)

(Semangat)
7 pagi i bangun,
7.35 pagi i gerak hantar my sister pergi kerja,
dari sana i gerak ke kolej dan sampai pukul 8.35 pagi,
kegeraman kerana jammed yang agak teruk di pagi isnin, i benci !
tapi i bersemangat sebab nak amik jadual,
sampai kolej i parking kereta , kemudian i terserempak dengan AP
i ajak dia pergi tengok jadual , sampai je office mentor , chef cakap jadual pukul 9.30 keluar ,
okay i tunggu , dan lepak di cafe COKELAT,
lepak , lepak , dan lepak 9.20 pergi office dan tunggu lagi ,
adeh dengar pulak khabar jadual keluar pukul 2pm pulak ,
(bengang yang teramat)

Selepas itu,

AP ajak i , MIRA , LEYA dan lain lain lepak minum di cafe COKELAT semula ...
okay lepak , sembang sembang , gossip , tengok video SUPERJUNIOR yang terbaru,
sedang syiok tengok MV ....
MIRA cakap HEE CHUL message , ajak keluar makan tengahari ,
i cakap pergilah makan berdua , bukan selalukan dapat keluar berdua , AP pun sampuk dan cakap "bukan selalu dapat peluang camtuh", hahaha
i sengih , LEYA pun sengih , kami sokong apa yang AP cakap .
so MIRA balas message HEE CHUL yang kami tak nak join , but HEE CHUL reply dan dia kata dia segan pulak berdua dengan MIRA , so i pandang LEYA , dengan itu i dan LEYA tak naklah menghampakan MIRA , so kami sanggup jadi BOUNCER MIRA , haha ;D .
dalam kereta HEE CHUL , i ngan LEYA sengih sengih , suka tengok mereka berdua iaitu MIRA dan HEE CHUL macam comel sangat huhu xD ~~~ ( sangat happy tengok dia orang )

makan di GENG UPIN IPIN 12,30 tengahari bersama HEE CHUL ....

mereka order nasi ayam , i share dengan LEYA je,
kami bincang pasal nak mandi sungai this month ,
macam macam lah bersembang sampaikan kami tak sangka yang HEE CHUL seorang sahaja lelaki ( yelah makin improve kot sebelum nih dia seorang pemalu tapi sekarang ..... ) semakin maju ( haha =) ),
yang lain perempuan , sebelum nih AMAN ada juga , tapi AMAN tiada , nasib baik haha !

1.45 pm gerak ke kolej semula ..

sampai je kami terus ke office , jumpa chef AMIR , chef cakap datang je besok , jadual tak keluar lagi nak buat macam mana ...
apaa ???? jadual tak keluar lagi !!!!! what the F !! ( sangat geram dan sakit hati ) , menyusahkan kot , kalau ye pun bagitahu dari awal boleh ! PTPL suka sangat susahkan student , tak nak belajar kat sini lagi dah !
huh i lepak dekat cafe COKELAT semula dengan MIRA dan LEYA je .
TOPEK datang lepak ngan i , sembang sembang sampai hujan turun , dan berhenti .

kemudian 4.35 pm i ke office untuk melihat ada jadual atau tidak , lecturer baru tampal , warh nasib baik wee~~~
sampai office i nampak TAUFIQ so i tegur dia dan tanya pasal AJIB , hehe tidak tahu pula EBY ada , Tasya pun ada juga ..
LEYA cakap kenapa muka TASYA berubah bila nampak i , i cakap "yeke ?" tidak tahu pula sebab apa ? i bukan cari gaduh dengan dia pun . buat apa nak berubah muka bagaikan , huhu !!
walaweyh , jadual padat gila !! tidak , makin busylah i lepas ini =)

(kesedihan) sebelum mendapat jadual lunch tadi ...

nak tengok twins , i text ALIF , sorry tak dapat join dia tengok baby sebab jadual tak keluar lagi , sedihnya i , i cakap kat ALIF kalau tengok baby tuh sampaikan HUG and KISS aku kat twins , ALIF reply " dats too bad babe ... :-( k , nnt aku kiss n hug da twins on ur behalf aite! aku bisik kt diorang. ' ni from aunt naq'! hehe.... :-) " bukankah itu sweet !! haha thanx ALIF sampaikan hug dan kiss aku dekat twins , takpelah ada rezeki nanti i pergi ziarah mereka dan hug and kiss puas2 , balas dendam .

hari yang memenatkan but best !!

regards:
NAQ <3

Sunday, May 30, 2010

like ..

i love when my friends happy,
love to see their smile =)
love to see their laugh,
love to see their *blushing,
love them !!

hey ! just ignore others that make u sad,
that make u angry,
that make u annoying,

remember i always love you friends, SAB and ZATY,
wee~


FRIENDS FOREVER <3


NAQ <3

Dirumah ...

Ya saya hari ini berehat dirumah,

Kebetulan mummy tak sihat,

Jadi saya harus jaga dia,

Sebagai anak yang solehah =)

Saya harus menjaga dia,

Memasak, mengemas rumah, bila selesai kerja saya online,

Itulah yang mampu buat hari ini,

Kebosanan, but I have to rest my mind, my heart, my migrain,

Hey !! I’m miss them, walaupun baru semalam lepak bersama,

Nanti kita jumpa lagi <3

Besok isnin,

Kemalasan untuk sem baru,

Tidak mahu ke campus boleh?

Tidak punya semangat mahu belajar sudah,

But no !!!! I tak nak tunjuk yang I lemah, never okay !!

I nak maintain kan my PL (president list)

Harus, I nak buktikan bahawa pelajaran I menjadi keutamaan, ia untuk masa depan I juga :)

Ya allah s.w.t “berikanlah aku petunjuk, kuatkanlah aku untuk meneruskan perjuangan ku didalam pelajaran, berkatilah aku dan murahkanlah rezeki ku”, amin…

Saya mahu lupakan tentang soal hati,

Saya mahu bzkan diri saya,

Jadi saya dapat melupakan “hal itu

Saya boleh !! ya saya mesti boleh !!

Lots of love,

Naq <3

mereka !


saya sayang akan mereka selamanya !


mereka sahabat yang saya sayangi <3

zaty <3


sabrina <3



sunyi kembali .

hidup kuh bakal sunyi kembali,
selepas ini sibuk dengan hal di campus,
akan rindu SAB dan ZATY,
korang jaga diri tau,
sayang kamu berdua sangat sangat,
terima kasih kerana sentiasa setia dan ada bersama ku,
tak kira senang dan susah,
tanpa kamu berdua mungkin saya tidak sekuat sekarang,
kata orang walaupun "jauh dimata tapi dekat dihati"
SAB, jangan mengharap sangat ya dengan .....
saya tanak kamu kecewa lagi,
saya tanak lihat kamu bersedih lagi,
kamu kuat seperti saya,
saya kagum dengan kamu
ZATY, kuatlah okay,
kalau betul dia sayangkan kamu,
dia akan cari dan tunjuk kan dia memang sayangkan kamu,
bukan kamu seorang yang beria,
kita wanita bukan wanita yang lemah,
kita ada MARUAH dan HARGA DIRI yang tinggi,
tunjukkan kepada mereka mereka bahawa tanpa lelaki kita masih lagi boleh meneruskan hidup,
walaupun sunyi tanpa LELAKI...
insyaALLAH suatu hari nanti ada juga LELAKI yang akan hargai kita,
saya berdoa bahawa kita ditemukan dengan insan yang terpilih,
yang sentiasa membahagiakan kita dan kekal,
amin .

salam sayang
NAQ

Saturday, May 29, 2010

hari last lepak !!

SALAM ...

ya sudah 3 hari berturut-turut lepak dengan sahabat yang tersayang , hehe lepas nih confirm rindu korang punya ! :( happy sangat ta sangka kan kita diapit oleh jejaka je 3 hari ini . terima kasih kepada SAB , ZATY , ALIF , ANEP , AMIR dan IZHAR kerana meluangkan masa bersama kami , even ALI tiada pada hari last ini , tapi kami gembira sangat sangat , dan orang yang paling gembira adalah SAB !! haha saya suka tengok dia happy , hee~ sorry SAB sebab kena tengok SHREK buat kali kedua , sayang u sangat sangat , nasib baik ta duduk sebelah mamat itu kan . huu!! nanti i free kita keluar tengok movei lain pula ya , saya mula start sem nex week . Apa apa pun tidak sabar untuk menunggu hari makan besar kami 19 jun ini , nantikan nya !! mesti marrriiiiiii .....

regards and love , NAQ !

Friday, May 28, 2010

salah ke aku ?????

ya aku single !

salah ke aku nak berkawan dengan semua orang,
salah ke aku nak rapat dengan semua orang,
salah ke ?
susahlah kan , niat aku , aku nak berkawan,
berkawan dengan semua orang,
dan TIDAK LEBIH DARI ITU !
janganlah ada yang terasa hati dengan aku,
susahlah,
aku kena jaga hati dan perasaan orang,
aku sayang korang sbb korang kawan aku,
tp jangan lah buat saya begini,
bukan senang tau nak jd NURUL NAQUIAH nih,
bila ta kawan kata sombong,
bila berkawan, dan pantang nampak aku rapat ngan sapa sapa, korang cakap aku playgirl.
apa lagilah korang nak aku pun tatau.
yang BF orang pulak nak berkawan ngan aku, tp bila GF tahu aku kene serang.
lah aku ker yang salah ? unfair kot , aku bukannya bodoh sangat kemaruk ngan BF orang . ta desperate langsung okay .
so apa kes ?
siapa yang bersalah ?
so mcm nih jela kan , kalau korang rasa tanak kawan ngan aku , suka hatilah ,
aku ta heran dan aku ta rugi . so apa lagi back off and please go away !
kerjasama anda amat saya hargai !!

naq~

my life !

assalammualaikum,

alhamdulillah, syukur ke hidrat ilahi , aku masih bernafas dimuka bumi ini . selepas sekian lamanya , tidak lah lama mana , aku menghabiskan hidup kuh bersama teman dan sahabat sahabat yang tersayang .bila punya masa , aku lepak dengan mereka mereka , tapi kalau ada yang ta ajak tuh , jangan lah terasa , kalau mahu bgth , tader hal punye , anytime keyh :)
hidup ini kadang kadang membosankan , tp terpulang dekat kita , samada mahu ianya terus bosan atau kita sendiri mencari keceriaan didalam hidup kita ini , sebab itulah aku menghabiskan masa lepak dengan kawan kawan , ya aku perempuan , so ? salah ke saya nak lepak smpi pkul berapa pun , ada saya kacau korang ? tidak kan , so biarlah saya dengan dunia saya , asalkan saya bahagia . walaupun kebahagiaan itu sukar untuk dikecapi . doakan saya kuat untuk menempuhi kehidupan saya . :)

NAQ <3

mungkin bukan salahmu !

ya mungkin benar , kadang kadang kita ta mengharapkan perpisahan itu berlaku . bukan kita yang pinta tp tidak mengapa , biarkan saja apa yang telah berlaku . yang penting kau dengan hidup kau dan aku dengan dunia ku . kemungkinan jodoh kita bukan sekarang , mungkin akan datang , kita berdoalah yang terbaik untuk masa hadapan kita . tuhan itu sentiasa ada bersama kita . aku redha dengan apa yang berlaku . jika ada menanyakan bila mahu cari pengganti , jawapannya mungkin 6 bulan akan dtg , mungkin setahun lg , atau selepas bergelar graduan , terlalu awal untuk mencari pengganti , sekadar teman sahaja tidak mengapa , sukar lah , hati kuh tiada lagi ingin bercinta .

salam sayang , naq~

My rambut!!


Finally rambut kuh sudah pendek , oh tidak!! Sayang kot nk potong sbb da panjang, but I kene jugak potong, I da bernazar, tidak! Tidak! Tidak! So sorry guys, I have to cut my hair. Okay okay okay promise lepas ni I takan potong da, I akan jaga dan bela smpi panjang. Frustrated right!! I simpan since mase praktikal last year kt ritz calrton, banyak kenangan tau dengan rambut ni, haha anyway takpe lepas nil g byk kenangan selepas rambut ini selamat di potong, teruskan membaca blogger saya okay !

Sunday, May 2, 2010

Kenapa?


Kenapa perlu macam ni, Kenapa dari dulu kau tak mengaku, Kenapa bila semua ni keluar dan muncul baru kau nk bgth. Apa motif kau ! Kalau kau jujur tak ada la aq sakit hati smpi mcm ni sekali kan , Sekarang kau sukalah tengok aq sakit hati , Kenapa lah aq buta dan tak nampak, Kau selalu kata aq fikir bukan2 , padahal apa yang aq fikir itulah mmg terjadi, Huh, gamba suka2 dan kawan2 lah sangat , gamba apa kalau macam tuh , aq bukan bodoh , aq bukan buta . Sudahla , cukup dengan apa yang terjadi , tolong la pergi dan lepas kan aq. Aq tanak dengar apa-apa lagi dah, Aq tanak cakap apa-apa lagi , sudah-sudahla . Aq setia , kau buat mcm ni . Ya, mungkin aq ta memahami kau macamana dia memahami kau, Mungkin aq tidak sebagus dia , mungkin aq bukan yang terbaik , aq sedar ! Semoga allah s.w.t mengampunkan dosa kalian !